Pengerusi Jawatankuasa Pe�lan��congan dan Kebudayaan ne�geri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, peruntukan besar itu telah memberikan manfaat kepada lebih 1.35 juta penerima.
Beliau berkata, jumlah pene�rima itu hampir menyamai jumlah penduduk negeri ini sekali gus membuktikan kerajaan ne�geri memberi keutamaan terhadap pembangunan pendidikan.
�Perbelanjaan itu meliputi pemberian biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan program-program pendidikan secara berterusan ba�gi memperkasakan kualiti pendi�dikan anak Pahang.
�Peruntukan besar dalam pel�bagai program yang dirancang membuktikan bahawa ke�rajaan negeri melalui Yayasan Pahang menitikberatkan soal pendidikan anak negeri ini,� katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Anak Pahang (BAP) 2018 peringkat Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak di sini baru-baru ini.
Yang hadir sama, Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang, Airulamri Amran dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Datuk Mohd. Azlan Yaman.
Pada majlis berkenaan, seramai 1,600 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari kawasan Parlimen Temer�loh menerima sumbangan RM200 seorang yang membabit�kan peruntukan keseluruhan RM320,000.
Mohd. Sharkar dalam pada itu berkata, Yayasan Pahang juga tidak ketinggalan memberikan biasiswa kepada murid dan pelajar yang berkelayakan di negeri ini.
Menurutnya, sejak dilaksa�na�kan pada 2004, seramai 102,000 murid sekolah rendah dan 162,000 pelajar menerima biasis�wa ber�kenaan.
�Kerajaan negeri akan juga te�rus memberikan bantuan termasuk kewangan kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi,� katanya. #sumber