Persatuan mahu MSN beri sebab gugur sepak takraw dalam Sukma

 
Persatuan Sepak Takraw Malaysia mempersoalkan jika ada permainan politik dalam MSN sehingga menggugat sepak takraw, angkat berat dan taekwondo digugurkan daripada Sukma 2018.


sepak-takraw


KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkeras mahu Majlis Sukan Negara (MSN) kembali menyenaraikan sukan itu sebagai sukan teras negara dan acara Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya tidak berhasrat membuat sebarang rayuan kerana merasakan tidak ada alasan untuk sukan berkenaan digugurkan daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan itu.

Beliau berkata, PSM mempunyai bahan dan laporan lengkap menyokong sukan itu masih relevan dan layak mengisi senarai sukan teras negara.

�Sehingga sekarang, tidak ada satu penjelasan kukuh daripada Ketua Pengarah MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) berhubung pengguguran sepak takraw kepada PSM,� katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama exco PSM di Ibu pejabat PSM, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, PSM akan mengatur perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi membincang serta mencapai kata sepakat untuk mengatasi kemelut berkenaan.

�Kita tidak akan berbincang dengan MSN. Kita hanya akan berbincang dengan menteri (Khairy). Kita akan kemukakan semua fakta berkaitan prestasi sukan sepak takraw, seterusnya biar menteri sendiri yang menilai dan membuat keputusan.�

Dalam pada itu, beliau berkata, atas inisiatif PSM menganjurkan Liga Sepak Takraw (STL), kejohanan itu berjaya meraih rating lebih 5 juta penonton sepanjang siaran langsung di sebuah saluran televisyen berbayar negara, tahun ini.

�Kita sudah mempunyai begitu ramai peminat, tetapi tiba-tiba sahaja sepak takraw seperti ingin �dilelapkan�. Kita akan bangkitkan semangat mereka semua untuk berjuang dengan kita demi mempertahankan sukan ini.�

Ahmad berkata, PSM mengambil alih sepak takraw pada 2003 daripada MSN dan dalam masa 2 tahun, sukan berkenaan menyumbang pingat emas kepada negara menerusi acara antara regu pada Sukan SEA 2005 di Manila.

�Selepas itu, pada 2008 sepak takraw mula disenarai sebagai sukan teras�memanglah prestasi itu ada turun dan naik sehingga hari ini.

�Paling tidak, MSN perlu fikir satu sahaja�beri peluang sehingga Sukan Asia tahun depan. Kalau kami tidak berjaya di Sukan Asia, barulah kita duduk berbincang untuk fikir tindakan selanjutnya.�

Sementara itu, Ahmad turut mempersoalkan jika terdapat permainan politik dalam MSN sehingga menggugat sepak takraw dan 2 sukan lain digugurkan.

�Kalau mereka nak main politik, mereka harus keluar daripada MSN dan masuk kancah politik, tetapi kalau mahu terus berada dalam MSN, tolong buat kerja untuk memajukan sukan.�

Sebelum ini, media melaporkan Khairy mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 sukan teras negara di bawah program MSN bermula Sukma Perak 2018.

Perkara itu diputuskan mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Khairy, berikutan prestasi merosot 3 sukan berkenaan, selain terpalit isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==