12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BELUD: Daerah ini sekali lagi dilanda banjir apabila jalan-jalan utamanya mula dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda, sekali gus menjejaskan penduduk di 12 buah kampung.
 
Menurut kenyataan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sungai Abai dan Tempasuk masing-masing mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu 5.54 meter dan 4.96 meter pada pukul 8.30 pagi ini.
 
Kawasan yang terjejas ialah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Lingkodon, Linau. Lebak Moyoh, Bobot, Ejuk, Menunggui, Song-Song dan Karang Benai.
 
�Jalan raya di Kampung Linai dan Menunggui tidak boleh dilalui oleh kenderaan rendah manakala laluan di Kampung Bobot hanya dibuka satu lorong sahaja.
 
�Sementara itu, semua jenis kenderaan masih boleh melalui di Jalan Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Lebak Engad,� kata APM dipetik BH Online.
 
Katanya, APM juga telah menghantar pasukan gerakan penyelamat bagi melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir.
 
 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==