Polis tubuh pasukan khas siasat pertukaran tanah Felda di Jalan Semarak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Polis mengesahkan satu pasukan khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda di Jalan Semarak di ibu negara.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan berkenaan kini sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.
 
Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan polis akan memanggil bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
 
"Kita akan tengok dan jika ada keperluan kita akan dapatkan keterangan beliau (Mohd. Isa). Selepas beliau pulang ke Malaysia, kita akan dapatkan keterangannya," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini malam tadi selepas merasmikan program kayuhan amal anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, setakat ini satu laporan polis dibuat oleh pengurusan Felda berhubung perkara berkenaan.
 
"Kes ini disiasat sebagai penipuan dokumen mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
 
 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==