Penganalisis: PH 'Sukar' Di Pekan, Tapi Ada Cara Ulangi Kejutan �99 !

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dicadangkan melihat kerusi Pekan yang diwakili Perdana Menteri secara strategik, bukannya cuba merampas kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Wong Chin Huat dari Penang Institute berkata keputusan PRU pada 1999, yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak hampir dikalahkan, amat sukar diulangi kali ini.
Ia kerana kerusi itu mengalami pertumbuhan pengundi yang ketara, kira-kira 54,000 pengundi sejak 18 tahun dulu, termasuk melalui penyempadanan semula.
�Jelas, pengundi terpilih dipindahkan untuk mengukuhkan tempat Najib, jadi anda tidak boleh menggunakan keputusan PRU 1999 sebagai asas,� katanya.
Sebelum ini, seorang pemimpin PKR Pahang, Lee Chean Chung mengakui sukar untuk pembangkang memenangi kerusi Pekan tetapi yakin ia bukan sesuatu yang mustahil.
Lee, yang juga Adun Semambu, berkata keyakinan itu kerana pembangkang pernah hampir mengalahkan Najib pada PRU 1999.
Pada 1999, di kemuncak krisis politik susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Ramli Mohamed kalah tipis kepada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Najib menang dengan majoriti hanya 241 undi.
Berdasarkan sejarah itu, Lee yakin ia sesuatu yang boleh diulangi.
Alih perhatian
Wong berkata walaupun kerusi Pekan kelihatan suram bagi PH, ia masih mempersembahkan peluang unik bagi gabungan itu untuk menyakiti lawannya dalam PRU akan datang.
�PH mesti menghantar seseorang ke sana untuk mengalih perhatian Najib. PPBM juga sesuai kerana ia dilihat sebagai cubaan proksi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.�
Beliau berkata calon yang baik untuk usaha itu mestilah seorang yang muda, bersemangat dan berani.
�Jika calon dinamik ditempatkan, Najib perlu menghabiskan masa di Pekan untuk mengelakkan kekalahan yang tidak disengajakan. Ini menghalang beliau daripada berkempen ke seluruh negara sepanjang masa.
�Memandangkan tiada siapa yang menjangkakan Najib benar-benar kalah, calon PH yang kalah dengan berkongsi undian hebat sudah pun menjadi kemenangan moral.� #sumber
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==