Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, mayat itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 150 meter dari lokasi Nik Hafizuddin Nik Aziz dilaporkan hilang.
�Mayat mangsa dijumpai pada pukul 1.30 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR)  disambung pagi tadi.
�Mangsa dilaporkan hilang pada pukul 3.45 petang semalam ketika mandi di kawasan itu bersama abang dan rakan-rakannya. Dia dipercayai gagal menyelamatkan diri akibat arus kuat,� katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Azli, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat. #sumber