Ridzuan: PAS Hanyalah Berangan, Untuk Mentadbir Negeri Pahang !


TEMERLOH: Angan-angan Pas kononnya untuk mentadbir Pahang dengan pentadbiran yang lebih baik sebenarnya hanyalah retorik semata-mata.

Ketua Penerangan UMNO Temerloh, Datuk Ridzuan Hazimin Ramli (foto) berkata, pertamanya Pas sendiri tidak pernah bertanding kerusi yang secukupnya untuk membentuk kerajaan di negeri Pahang.

Menurutnya yang keduanya, rekod daripada segi prestasi dan pentadbiran negeri Pahang kini jauh mengatasi Kelantan.  

�Program-program bantu rakyat begitu semarak di Pahang seperti bantuan diberikan Yayasan Pahang dalam bidang pendidikan berjumlah lebih RM 1 bilion serta bantuan mangsa-mangsa ribut, rumah terbakar dan banjir diberikan secara konsisten di bawah kerajaan BN sekarang.

�Pengalaman UMNO/BN memerintah disertakan dengan iltizam terus membantu rakyat menjadi teras kepada keberkesanan program-program bantu rakyat yang dilaksanakan,� katanya mengulas kenyataan PAS semalam.

Ridzuan berkata, hutang yang terpaksa dibuat kepada kerajaan pusat adalah kerana pengorbanan negeri Pahang yang terpaksa mengurangkan kawasan pembangunan bagi memenuhi rizab hutan negara.  

Beliau berkata, Pahang adalah pembekal oksigen dan karbon dioksida terbesar di semenanjung Malaysia.

Semalam Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abd Jabar bersama kepimpinan Pas negeri mendakwa mampu menjadi pentadbir kerajaan negeri yang lebih baik jika diberi peluang memerintah Pahang.

Menurutnya, Pas Pahang bersedia menerajui kerajaan negeri ini selepas PRU14 jika diberi mandat dengan memperkenalkan sistem pentadbiran lebih baik berlandaskan lslam.

Rosli berkata, antara isu menjadi keutamaan Pas dalam pentadbiran negeri ialah penyelesaian hutang kerajaan negeri yang mana dikatakan tertinggi di Malaysia.

�Pas juga akan mengkaji operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya ia memberi keuntungan maksima kepada kerajaan negeri,� katanya. #sumber
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==