Ikatan Pengundi Berbilang Kaum, Fuziah "Yakin Kekal" Di Kuantan !

KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yakin pengundi akan terus menyokongnya selagi beliau bertanding di kerusi itu.
Fuziah mendakwa ikatan yang terjalin dengan pengundi di Kuantan melampaui parti politik dan lebih kepada peribadi, apabila beliau mula memenangai kerusi itu pada 2008.
�Saya sudah berusaha. Saya turun padang dan saya boleh rasa ada hubungan peribadi antara saya dan pengundi sekarang. Ia bukan lagi mengenai parti.�
Beliau mendakwa hakikat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kuantan terbahagi antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menunjukkan wujud kepelbagaian pendapat politik di kalangan pengundi.
�Mereka akan undi saya di Parlimen, tetapi di peringkat negeri, parti politik masih memainkan peranan.�
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, calon PKR, Sim Chon Siang memenangi kerusi DUN Teruntum, wakil PAS, Rosli Abdul Jabar memenagi kerusi DUN Tanjung Lumpur dan calon BN, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif menang di kerusi DUN Inderapura.
Fuziah bertanding di kerusi Parlimen sejak PRU 1999, tetapi hanya berjaya menewaskan calon BN buat pertama kali pada 2008.
Pada 2008, Fuziah melawan calon MCA, Datuk Fu Ah Kiow buat kali ke-2 dan berjaya meraih majoriti tipis dengan mendapat 52% undi. BN bagaimanapun memenangi 3 kerusi DUN di bawah Parlimen Kuantan pada PRU sama.
Pada 2004, Fuziah kalah kepada Fu yang berjaya mendapat 63% undi. Fu adalah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.
�Ketika itu, saya tidak dikenali, tetapi Umno sudah biasa dengan orang Melayu dan apabila seorang calon Melayu menentang MCA, orang Melayu yang menyokong Umno merasakan mereka suka mengundi calon Melayu berbanding Cina dan itu sebabnya saya menang, walaupun pembangkang kalah di 3 kerusi DUN.�
Pada 2013, UMNO �meminjam� kerusi itu daripada MCA bagi memanfaatkan peningkatan pengundi Melayu, tetapi Fuziah berjaya menewaskan calon Umno, Datuk Mohamed Suffian Awang dengan majoriti tipis 54% undi.
Suffian adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan setiausaha politik kepada Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Fuziah mendakwa ia disebabkan selepas kemenangan pertamanya, beliau memastikan berusaha sedaya upaya untuk membuktikan kepada rakyat mereka membuat pilihan tepat memilihnya sebagai ahli Parlimen.
�Saya sedar saya menang bukan kerana kekuatan parti kami, ia bukan kerana sebab itu. Ia disebabkan retorik perkauman UMNO yang memakan diri mereka.
�Jadi, bermula dari hari pertama, saya menjadikannya matlamat peribadi untuk bekerja keras dan membuktikan saya boleh menjadi suara rakyat dan memperjuangkan hak mereka dan membawa masalah mereka ke Parlimen.
�Dalam masa 5 tahun penggal pertama saya, mereka nampak saya bekerja keras untuk mereka dan saya berjaya menyelesaikan lebih 6,000 kes yang dibawa kepada perhatian saya di kawasan saya.�
Kuantan ialah kawasan majoriti Melayu dengan 78.5% ialah pengundi Melayu, Cina 17.9%, India 3.3% dan kaum lain 0.3%, menurut bancian penduduk pada 2010.
Fuziah lahir di Johor pada 1959, tetapi dibesarkan di Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist di Kuantan. #sumber

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==