5 Cara Kecutkan Ovarian Cyst Sebelum Kena Bedah

Cyst adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang boleh ada pada mana-mana bahagian badan. Di kalangan wanita yang berada pada usia reproduktif, cyst kerap dijumpai di bahagian ovari. Walaupun cyst bukanlah penyakit yang berbahaya, tetapi kehadirannya menjadi kebimbangan ramai wanita. Ini kerana cyst berpotensi untuk membesar dan menyebabkan komplikasi penyakit lain yang boleh memudaratkan.

Bila cyst semakin membesar, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan pada perut, serta mengganggu kitaran haid. Paling teruk, cyst boleh pecah atau menyebabkan kerosakan pada ovari. Disebabkan kemungkinan ini, cyst yang semakin membesar biasanya dicadangkan menjalani pembedahan buang cyst.


Punca ovarian cyst


Ovarian cyst adalah satu kantung atau karung berisi cairan berbentuk lendir, air atau darah yang berada di dalam kilang telur. Ia boleh membesar tanpa disedari. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus kes ovarian cyst tidak disedari kerana ia tidak menunjukkan gejala dan dikesan secara tidak sengaja.

Kebanyakan ovarian cyst berkembang hasil dari kitaran menstruasi. Dalam keadaan normal, ovari mengembangkan struktur seperti cyst yang dipanggil folikel setiap bulan. Folikel menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan melepaskan telur bila wanita alami ovulasi. Bila folikel ini terus-menerus membesar selepas telur dilepaskan, ia dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini paling biasa ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang tumbuh bukan berkaitan dengan menstruasi dan ia termasuk,

1. dermoid cyst - terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan tisu rambut, lemak dan rawan. Ia adalah cyst yang dibawa sejak kecil dan kadangkala kehadirannya tidak disedari.

2. endometriomas - terjadi akibat dari keadaan di mana sel-sel endometrium rahim tumbuh di luar rahim (endometriosis). Sesetengah tisu boleh melekat pada ovari anda dan membentuk pertumbuhan.

3. cystadenomas - tumbuh di atas permukaan ovari dan mungkin dipenuhi dengan bahan berair atau lendir.

Dermoid cyst dan cystadenomas boleh menjadi besar, menyebabkan ovari bergerak keluar dari kedudukan. Ini meningkatkan peluang ovari berpusing, yang disebut kilasan ovari. Kilasan ovari juga boleh menyebabkan pengurangan atau penghentian aliran darah ke ovari.


Cara Kecutkan Ovarian Cyst


Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang kita ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih baik kita mulakan pendekatan semulajadi untuk bantu mengecutkan cyst sebaik sahaja kita menyedari kehadirannya dalam tubuh kita. Berikut 5 cara berkesan yang boleh bantu kecutkan cyst secara semulajadi.


1. Kurangkan estrogen


Ketidakseimbangan hormon, khususnya etrogen berlebihan adalah faktor utama penyumbang kepada  ovulasi tidak teratur yang seterusnya mengakibatkan pembentukan ovarian cyst. Terlalu banyak pendedahan kepada xenostrogen, iaitu bahan toksik yang mempunyai kesan pada hormon tubuh, juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan. Oleh itu, dengan menghilangkan estrogen yang berlebihan dalam badan dan mengelakkan pendedahan kepada xenostrogen boleh menjadi langkah berkesan untuk bantu mengecutkan cyst.

Elakkan makanan yang diproses terutama makanan dalam tin dan plastik kerana mengandungi pelbagai bahan kimia yang bertindak seperti estrogen. Amalkan makan daging dan produk tenusu organik. Elakkan penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi paraben dan minyak mineral dan kurangkan minum air dari botol plastik.



2. Rawatan herba


Penggunaan herba dalam rawatan untuk cyst dapat membantu menyuburkan sistem endokrin dan menggalakkan keseimbangan hormon, ovulasi yang tetap dan perbaiki peredaran darah ke organ-organ reproduktif. Antara herba yang boleh bantu dalam proses pengecutan cyst;

  • akar Maca : membantu badan mengeluarkan progesteron.
  • Akar cohosh hitam: membantu mengawal kitaran haid dan melegakan kesakitan ovari.
  • Biji milk thistle : menyokong keseimbangan hormon dan kesihatan hati.
  • Vitex (buah berry): mengawal keseimbangan hormon, menggalakkan ovulasi dan memperbaiki masa kitaran haid

Jangan gunakan rawatan herba jika anda sedang mengandung atau menyusukan anak. 


3. Ubah suai pemakanan


Mengubah diet seseorang boleh memberi kesan mendalam dalam pembentukan ovarian cyst. Kurangkan makan daging dan produk keju dapat mengurangkan terjadinya cyst. Masukkan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan biji-bijian dalam makanan harian anda. Disarankan untuk mengamalkan diet vegetarian sehinggalah cyst mengecut atau hilang.


4. Kekalkan berat badan sihat


Mempunyai terlalu banyak lemak yang berlebihan menyebabkan tubuh menghasilkan estrogen yang berlebihan. Mengurangkan berat badan dan mengekalkan indeks jisim badan (BMI) di bawah 25 akan membantu menghilangkan cyst dan mencegahnya daripada berulang. Perubahan diet dan senaman dapat membantu mencapai matlamat ini.



5. Supplemen


Selain daripada ubat-ubatan herba dan perubahan diet, terdapat juga beberapa vitamin dan suplemen yang boleh membantu memulihkan keseimbangan hormon dan seterusnya mengecutkan cyst. Berikut adalah kombinasi supplemen yang boleh membantu mengcutkan cyst dan mencegahnya dari berulang.




Testimoni Pengguna








Berminat untuk dapatkan suplemen ini, boleh terus hubungi saya di http://ift.tt/2yNrq21.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==