ANAK Hairan SPRM Kata Tidak Ada Unsur Rasuah & Salah Guna Kuasa !

PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertikaikan kesimpulan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, bahawa tidak ada unsur rasuah dan salahguna kuasa dalam transaksi kontroversi itu.
Presiden Mazlan Aliman berkata kesimpulan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki sejurus selepas negara digemparkan dengan isu Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah bernilai RM270 juta kepada sebuah syarikat swasta menimbulkan lebih banyak persoalan.
�Sepatutnya penyiasatan harus dilakukan terlebih dahulu sebelum apa-apa kesimpulan,� kata Mazlan kepada pemberita di depan ibu pejabat SPRM hari ini.
�Sebab inilah kenapa kita mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Felda, khususnya di zaman Tan ri Isa Samad, mesti dilakukan.�
Anak hari ini tampil bersama-sama Pemuda Pakatan Harapan untuk menyerahkan memorandum mendesak agensi anti-rasuah itu meneruskan siasatan ke atas transaksi itu.
Pada hari yang sama Berita Harian (BH) membongkar kes tersebut, SPRM mengumumkan tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa selepas meneliti dokumen dan maklumat berkaitan selepas menerima laporan 4 bulan lalu. Azam dilaporkan berkata, kes menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan tertakluk bawah siasatan polis.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu penipuan serta pemalsuan dokumen.
Kes transaksi tanah Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dilaporkan berlaku tanpa Felda menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu. Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad �terpegun� pindah milik tanah institusi kerajaan boleh dilakukan begitu mudah. Beliau mula menyedari perkara itu pada akhir Januari.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (PA) bagi membangunkan tanah itu.
�Kesan daripada PA itu adalah memberikan kuasa, bukan sahaja membangunkan tanah itu, malah memberi kuasa memindah milik tanah,� kata Naib Ketua Pemuda PH Faiz Fadzil selepas penyerahan memorandum hari ini.
�Apabila dijual pada pihak ketiga, wang RM270 juta tidak dibayar dan tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap Tan Sri Isa Samad.�
Felda dipengerusikan Isa sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini. #sumber
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==