Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia dan juga pemimpin OIC perlu melakukan lebih banyak daripada sekadar bercakap dan demonstrasi dengan mengenakan tekanan ekonomi, boikot ekonomi atau diplomatik ke atas AS.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin pembangkang mengkritik retorik Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad merujuk ucapan �berapi� perdana menteri pada Himpunan Solidariti Baitulmaqdis di Putrajaya, semalam.
�Najib dalam lawatannya ke Amerika Syarikat pada September lalu, komited mengukuhkan ekonomi AS dengan berjanji membeli 25 pesawat Boeing 737-MAX 10, 8 Dreamliners 787 yang semuanya melebihi AS$10 bilion (RM41.9 bilion).
�Sekarang Donald Trump memutuskan untuk memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis, adakah retorik Najib �melangkah mayat saya dulu� dalam himpunan solidariti semalam, jaminan beliau untuk membatalkan tempahan Malaysia ke atas pesawat AS bernilai AS$10 bilion, sebagai permulaan?� soal Dzulkefly.
Dalam tunjuk perasaan di Masjid Putra semalam, Najib berkata, beliau tidak akan membiarkan Baitulmaqdis menjadi ibu negara Israel, bermakna beliau sedia berkorban demi kepentingan rakyat Palestin.
�Kita tidak akan berganjak, kita tidak akan berganjak daripada memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada mereka (seperti dijanjikan pemimpin Islam terkenal, Salahuddin Al-Ayubi).
�Walaupun ia bermakna memotong saya sehingga kepingan kecil, hanya tinggal sekeping �daging�, kita tidak akan berganjak.�
Dzulkefly berkata, Malaysia dan juga pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu melakukan lebih banyak daripada sekadar bercakap dan menganjurkan demonstrasi besar-besaran.
�OIC, gabungan 59 negara Islam, organisasi kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu lebih kreatif dan bijak dalam respons terhadap cabaran Trump.
�Bukankah jelas kepada OIC dan dunia Islam pada umumnya yang Trump hanya memahami bahasa �dolar amat berkuasa�, dan sangat terdesak memulihkan ekonomi AS,� katanya.
Dzulkefly berkata, Trump berminat dengan hubungan perdagangan dan mahu menarik pelaburan asing dari negara kaya OIC.
�Namun, sidang kemuncak OIC baru-baru ini tidak pun menangani isu mengenakan tekanan ekonomi, apatah lagi mempertimbangkan boikot ekonomi atau diplomatik.
�OIC sepatutnya mengambil tindakan tegas, kreatif dan tidak konvensional untuk memberi pengajaran kepada Trump dalam ekonomi, diplomasi, berbudi bahasa dan kedaulatan undang-undang.
�Tetapi, itu tidak mungkin berlaku dengan orang-orang seperti Raja Saudi, Raja Salman dan anaknya yang bercita-cita tinggi, mengukuhkan ekonomi AS dengan pembelian �senjata api� bernilai AS$7 bilion untuk menghancurkan Yaman dan melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Qatar.�
Bekas pemimpin PAS itu turut mengingatkan Najib dan pemimpin OIC yang dunia sudah tahu mengenai rancangan Trump sebelum beliau dipilih tahun lalu.
�Harus diingatkan Trump dalam manifesto pilihan rayanya menyenaraikan pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, dan ini disahkan naib presidennya, Mike Pence pada Mei 2017.�